Pengenalan MIV bersama Sekolah 2024 Peringkat Negeri Perlis bersama-sama MCMC dan Jabatan Pendidikan Perlis

24 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2024 NaDi RPA Arau bersama-sama mengikuti Taklimat Pengenalan MIV bersama Sekolah 2024 Peringkat Negeri Perlis bersama-sama MCMC dan Jabatan Pendidikan Perlis bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Perlis. MCMC dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak lima sesi Bengkel MIV Bersama Sekolah telah diadakan tahun ini yang disertai terdiri daripada guru penyelaras ICT, guru pendidikan khas serta pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri.

Tujuan program ini adalah menggalakkan penggunaan ICT secara bertanggungjawab, bengkel-bengkel yang telah dianjurkan mendedahkan para peserta tentang penggunaan ICT secara optimum. Sesi perkongsian turut menyentuh tentang kaedah melindungi diri daripada menjadi mangsa ancaman dalam talian.

Perkongsian modul seperti ‘Impak Penggunaan ICT Terhadap Kesihatan’ dan ‘Penguatkuasaan Jenayah Siber di Malaysia’ dapat memberi pendedahan kepada guru dalam usaha mendepani penyalahgunaan ICT yang semakin mencabar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali